Monday, January 18, 2010

Decided: Grey

Jadi saya dapati diri saya lebih condong kepada warna kelabu.

Adakah korang semua tahu pasal nak eja kelabu dalam English ada 2 ejaan? Satu ialah grey, satu lagi ialah gray. Apa perbezaannya?

Maksud sama je. Tapi satu American, satu British.

a. The color is gray.

b. The colour is grey.
**perasan tak mulut korang lebih terjuih bila baca (b). Kening pun mesti terangkat sikit. 

Of cos la lebih suka guna british kan. Harus gitu. (tapi bila nyanyi2 pakai je pulak American accent. Ngada.)

Grey adalah warna neutral. Pada saya warna yang 'selamat', tapi boleh di match dengan banyak warna lain untuk bring out mood yang lain-lain walaupun secara generalnya grey menandakan mood suram/hujan/etc. Ada banyak warna neutral yang lain tapi mungkin tak sesuai kot. Putih memang cun, lagi pulak kalau buat ala-ala Parisian chic kan, tapi kang kot anak aku spesis Picasso abih rumah tu dijadikan canvas. Cream pun lawa tapi sesuai untuk resort look kot.

So kalau pakai that 60:30:10 rule (no, ini bukan system force ranking p*t****s..heh) , grey will be the neutralizer, jadi pengimbang dan flow setter.

Tahun lepas kalau tak boleh tido saya akan duduk sorang-sorang tangga bawah pukul 2-3 pagi, imagining spaces. Malang la tak pandai pakai software ID, kalau tak mesti dah boleh visualize camne ghopa rumah. Seperti nota lepas saya dan suami pentingkan functionality, jadi cuba la visualize ruang rumah tu jadi apa.

Pencipta Google patut menang hadial Nobel 10 tahun berturut2. Ye, saya tahu mereka Yahudi tapi mereka telah cipta sesuatu yang mengubah dunia a la bom atom.

Saya bukan la orang yang pandai sangat dengan warna. Bila dah suka satu warna, nak fikir warna yang akan komplemen dia tu agak la kan. Jadi, Google aje la.

Dan apa yang saya jumpa?



wallllahhhhhhh!! 5 page pulak tu. Pelbagai gaya ok! Ceria ada romantik ada comel ada. Lepas tu website ni boleh tukar2 kaler pulak tu! Just remember to use the 60:30:10 rule ok, jangan la semua sama banyak je guna.

**To go crazy-er on colors, go here.

Now, cuma tinggal pilih nak apply kat mana. *pening semula*.

Oh, dan kena cari cat yang SEJIBIK macam ni. jengjengjeng. tu satu lagi cabaran tu.

Apa lagi tool kaler yang korang guna?


Saturday, January 9, 2010

Memberikan komitmen kepada gaya itu satu tugas besar

Suami dari tahun lepas-lepas suruh saya bersiap-siap fikir pasal design dalaman rumah. Katanya sebaik sahaja balik ke Semenanjung dia mahu saya tahu apa yang saya mahu.

Tahu apa yang saya mahu. Berat sungguh pernyataan itu kan?

Berapa ramai antara kita yang tahu apa yang kita mahu? Berapa ramai pula yang yakin dengan apa yang kita rasa kita mahu tu, betul-betul kita mahu? Dan TERUS MENERUS mahu?

Mungkin itulah perbezaan golongan Zuhrah & Marikh (venus & mars. Man, sounds pelik kan!! hahaha). Kita perempuan ni suka banyak benda. Nak beli satu item, sanggup redah 3 malls. Dalam redah-redah tu, sempat sambar 2,3,4 item yang lain. Bila dapat item yang diidamkan, pakai selama boleh. Tapi lepas tu mesti teridam-idam benda baru.

Manusia Marikh pulak (usually), masuk kedai dengan misi mencari satu-satu item. Nampak bendanya, beli, then balik (tapi kalau ada amoi sexy cakap lembut-lembut suggest beli barang lain selalunya mereka akan cair). Kemudian pakai barang tersebut sampai lunyai.
Kemudian beli lagi barang yang sama.

Can't say the same for soal mencari jodoh though it might be a little similar. Macam suami saya memang jenis pemburu, aim sampai dapat. Katanya dia tahu apa yang dia mahu. I don't know about you out there, but terus terang, masa tu saya sendiri tak tahu apa yang saya mahu sebenarnya. Tengok suami masa tu pun macam tak pandang, tapi bila dah kenal baru la suka.

Ya, masa tu tak tahu apa yang saya mahu. Tapi saya tahu apa yang saya TAK MAHU. The rest is history.

Dan saya sedang bersemuka dengan masalah yang sama dalam men-deko/reno rumah. Apa yang saya mahu? Saya suka baaaaaaaaaaaaaanyak benda, baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak gaya. Tapi mahu apa yang mana? Tak tahu. Gambar punyalah banyak di save dari internet, tapi susah betul nak zero in on certain style.

Bila calon-calon kontraktor datang ke rumah nak buat design dan quotation, mereka tanya; "you nak buat style apa?"

Aku macam terkedu. Dalam kepala:

Modern classic/ French/ Eclectic/ Modern Tropikal/ Retro/ deko deko deko?

Husband siap kata, whatever it is you want, asalkan tak macam Disneyland, within budget.

Ok baiklah at least guideline nya ialah tak macam Disneyland (ambil penukul bayangan dan pukul guideline tersebut ke dalam otak).

Jadi apa yang saya tak mahu?

Style macam Eric Leong - cantik tapi tak praktikal.  "Feature wall" kena wajib ada . Takde cara/benda lain ke nak stimulate conversation? Barang nak simpan mana? Humban dalam store? Store pun tak ada. Sedara mara nak duduk mana kat living hall tu? Pastu yang saya hangin bila tengok SETIAP rumah apply design yang lebih kurang. Semua nampak sama. Lagi satu letak lilin tengah-tengah jalan. Apakahhh???

Ruang yang gelap dan berlemuih - sesetengah orang suka rumah gelap-gelap ala gua gitu. Tak penah bukak tingkap. Senang berhibernasi. Saya suka keadaan terang dan ceria. Ada ventilation, ada flow of energy yang positif.

Terlalu moden - please lah, kita bukan The Jetsons. Ye, saya adalah seorang nerd (dan weirdo), tetapi saya masih seorang Malaysian yang sedar negara kita ini panas, berdebu, dan lagi-lagi saya tidak suka air-con.

Terlalu macam hotel/resort - aiyoyo, rasa macam pegi outstation. Memanglah cantik, tapi how about personalization? How about making it look like a home? Bagi saya, rumah sepatutnya nampak macam rumah. Yang didiami manusia betul. Yang akan most likely accumulate barang (yang banyak) sepanjang hidupnya. Yang akan ada anak-anak nakal. Yang akan masak dan adakan kenduri kendara di rumah.

Terlalu English - Erm, ye, saya bakal menjengah 30 pada tahun ini. Tetapi bukan 60 ye, maaf.

Terlalu Ikea - maaf, peminat-peminat Ikea. Bukannya idea/design Ikea tidak cantik, dan saya tahu kebanyakkannya memang praktikal malah practically genius. Boleh ada Ikea idea/pieces, tetapi tak lah serata ceruk rumah jadi macam gedung tu. Kadang-kadang saya tengok banyak pula tu perabot Ikea tak tahan lama. Takpelah, one man's meat is another man's poison.

Tak ada ruang menyimpan - i'm a hider, not a show-er. Ya, kadang-kadang saya tak boleh manage clutter jadi senang kalau ada ruang nak humban barang (although hubby would not like it).

Tiada warna - saya faham, memang ramai akan pilih jalan selamat lalu pilih muted atau natural palette. Saya pun agak inclined untuk memilih warna tenang. Tapi campoq skit-skit lah kaler terang bagi ceria sikit.

Terlalu serius/macam-ofis - 60jam/seminggu bekerja kat ofis tak cukup-cukup lagi???

uih. panjang dah list TAK MAHU saya. Lepas ni buat list 'Apa yang saya/suami PERLU' pula. Nak buat list 'apa yang saya/suami MAHU', ada tak habis sampai kendian kendian.

Apa yang korang TAK MAHU dalam design rumah korang?

Monday, January 4, 2010

Saya Suka Rumah Saya

Saya tak belajar bidang arkitektur (walaupun itulah cita-cita paling murni selepas SPM. Abah & mummy saya tak restu) mahupun hiasan dalaman.

Maka jauh sekali bertauliah nak bagi komen tentang subjek ini.

Saya cumalah golongan marhaen biasa, yang suka melihat benda-benda cantik, yang teringin implemen bermacam-macam gaya di rumah sendiri tetapi terhad mengikut ketebalan poket (poket suami la kan, of course. haha).

Setahun saya menetap di rumah ini. Seorang-seorang saja, kadangkala berdua apabila suami pulang dari Sarawak. Masa mula-mula pindah dulu nak buat dah renovasi, tapi firasat kami kata, duduk dulu rumah ini dan tengok ada cela (defect) ke tak, jadi boleh claim warranty.

Saya suka rumah saya. Ianya tidak terlalu besar, cukup untuk pasangan yang baru nak melayarkan bahtera keluarga. Comel. Cukup-cukup untuk mengeluarkan peluh masa menyental toilet, mengemas atas bawah. Nak panggil keluarga suruh makan boleh laung aje tak payah sms atau call atau interkom. Walaupun depan rumah ada nampak giant electric cables, tapi jauh. Ok lah tu, maknanya takkan ada kerja2 pembinaan lagi di depan rumah. Lagipun terbentang tasik yang cantik dikelilingi pokok-pokok yang banyak.

Teringat masa tu belum kawin, masa tu baru betul bertunang. Saya di Seremban, balik rumah parents. Satu hari tunang tak call2, jadi saya sms.

"where at?"

"secret"

"what u doing lah?"

"looking for house"

"whose house lah?"

"house for us. hehe."

Wah. Dalam hati sangat terharu & bahagia. Ye, suami saya mmg ala-ala true Neanderthal - perlu memburu untuk daging, perlu cari gua untuk tempat tinggal, perlu pergi berperang. Dan, ehem, perlu sentiasa betul. Hehe.

Tapi kemudian tertanya-tanya, ok ke kawasan rumah? ok ke jiran setempat? suka ke saya dengan rumah tu nanti? kalau tak suka macam mana? frust lah suami kalau saya tak suka pilihannya, kan? macam mana nak cakap kalau saya tak suka? perlu ke saya pura-pura suka?

Biasa la kan saya masa tu ala-ala drama queen sikit.

Seminggu kemudian dia bawa saya tengok rumah itu.

Jatuh cinta.

Shouldn't have had those doubts. :).

Jadi blog ini saya dedikasikan kepada rumah kami. Setakat ini alhamdulillah, kami selamat berlindung di dalamnya. Kami sedang berusaha nak renovasi sang rumah, nak solek dia cantik-cantik, nak pakaikan baju lawa-lawa yang mana yang kami mampu. Saya try lah seboleh mungkin dokumentasi pendapat dan perasaan proses merenovate ni. Research saya setakat ni selalu aje kalau local come accross design2 ala eric leong atau terlalu moden atau terlalu futuristik atau terlau english. Bland sungguh. Kadang-kadang tu tengok takde personaliti tuan punya rumah. Macam semua keluar dari kilang. Bukan lah saya pandai sangat tapi kadang-kadang tu rasanya mentaliti 'contractor knows best' tu terlalu overwhelming, sampai semua nampak sama. Jadi, misi saya adalah untuk solek rumah supaya bila orang masuk aje, dorang dah macam kenal siapa kami. It's going to be a bumpy journey, but the destination will be worth it.

Rumah kami syurga kami. Rumah kami cerminan diri kami.


Saya suka rumah saya!