Suami dari tahun lepas-lepas suruh saya bersiap-siap fikir pasal design dalaman rumah. Katanya sebaik sahaja balik ke Semenanjung dia mahu saya tahu apa yang saya mahu.
Tahu apa yang saya mahu. Berat sungguh pernyataan itu kan?
Berapa ramai antara kita yang tahu apa yang kita mahu? Berapa ramai pula yang yakin dengan apa yang kita rasa kita mahu tu, betul-betul kita mahu? Dan TERUS MENERUS mahu?
Mungkin itulah perbezaan golongan Zuhrah & Marikh
(venus & mars. Man, sounds pelik kan!! hahaha). Kita perempuan ni suka banyak benda. Nak beli satu item, sanggup redah 3 malls. Dalam redah-redah tu, sempat sambar 2,3,4 item yang lain. Bila dapat item yang diidamkan, pakai selama boleh. Tapi lepas tu mesti teridam-idam benda baru.
Manusia Marikh pulak (usually), masuk kedai dengan misi mencari satu-satu item. Nampak bendanya, beli, then balik (tapi kalau ada amoi sexy cakap lembut-lembut suggest beli barang lain selalunya mereka akan cair). Kemudian pakai barang tersebut sampai lunyai.
Kemudian beli lagi barang yang sama.
Can't say the same for soal mencari jodoh though it might be a little similar. Macam suami saya memang jenis pemburu, aim sampai dapat. Katanya dia tahu apa yang dia mahu. I don't know about you out there, but terus terang, masa tu saya sendiri tak tahu apa yang saya mahu sebenarnya. Tengok suami masa tu pun macam tak pandang, tapi bila dah kenal baru la suka.
Ya, masa tu tak tahu apa yang saya mahu. Tapi saya tahu apa yang saya TAK MAHU. The rest is history.
Dan saya sedang bersemuka dengan masalah yang sama dalam men-deko/reno rumah. Apa yang saya mahu? Saya suka baaaaaaaaaaaaaanyak benda, baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak gaya. Tapi mahu apa yang mana? Tak tahu. Gambar punyalah banyak di save dari internet, tapi susah betul nak zero in on certain style.
Bila calon-calon kontraktor datang ke rumah nak buat design dan quotation, mereka tanya; "you nak buat style apa?"
Aku macam terkedu. Dalam kepala:
Modern classic/ French/ Eclectic/ Modern Tropikal/ Retro/ deko deko deko?
Husband siap kata, whatever it is you want, asalkan tak macam Disneyland, within budget.
Ok baiklah at least guideline nya ialah tak macam Disneyland (ambil penukul bayangan dan pukul guideline tersebut ke dalam otak).
Jadi apa yang saya tak mahu?
Style macam Eric Leong - cantik tapi tak praktikal. "Feature wall" kena wajib ada . Takde cara/benda lain ke nak stimulate conversation? Barang nak simpan mana? Humban dalam store? Store pun tak ada. Sedara mara nak duduk mana kat living hall tu? Pastu yang saya hangin bila tengok SETIAP rumah apply design yang lebih kurang. Semua nampak sama. Lagi satu letak lilin tengah-tengah jalan. Apakahhh???
Ruang yang gelap dan berlemuih - sesetengah orang suka rumah gelap-gelap ala gua gitu. Tak penah bukak tingkap. Senang berhibernasi. Saya suka keadaan terang dan ceria. Ada ventilation, ada flow of energy yang positif.
Terlalu moden - please lah, kita bukan
The Jetsons. Ye, saya adalah seorang nerd (dan weirdo), tetapi saya masih seorang Malaysian yang sedar negara kita ini panas, berdebu, dan lagi-lagi saya tidak suka air-con.
Terlalu macam hotel/resort - aiyoyo, rasa macam pegi outstation. Memanglah cantik, tapi how about personalization? How about making it look like a home? Bagi saya, rumah sepatutnya nampak macam rumah. Yang didiami manusia betul. Yang akan most likely accumulate barang (yang banyak) sepanjang hidupnya. Yang akan ada anak-anak nakal. Yang akan masak dan adakan kenduri kendara di rumah.
Terlalu English - Erm, ye, saya bakal menjengah 30 pada tahun ini. Tetapi bukan 60 ye, maaf.
Terlalu Ikea - maaf, peminat-peminat Ikea. Bukannya idea/design Ikea tidak cantik, dan saya tahu kebanyakkannya memang praktikal malah practically genius. Boleh ada Ikea idea/pieces, tetapi tak lah serata ceruk rumah jadi macam gedung tu. Kadang-kadang saya tengok banyak pula tu perabot Ikea tak tahan lama. Takpelah, one man's meat is another man's poison.
Tak ada ruang menyimpan - i'm a hider, not a show-er. Ya, kadang-kadang saya tak boleh manage clutter jadi senang kalau ada ruang nak humban barang (although hubby would not like it).
Tiada warna - saya faham, memang ramai akan pilih jalan selamat lalu pilih muted atau natural palette. Saya pun agak inclined untuk memilih warna tenang. Tapi campoq skit-skit lah kaler terang bagi ceria sikit.
Terlalu serius/macam-ofis - 60jam/seminggu bekerja kat ofis tak cukup-cukup lagi???
uih. panjang dah list TAK MAHU saya. Lepas ni buat list 'Apa yang saya/suami PERLU' pula. Nak buat list 'apa yang saya/suami MAHU', ada tak habis sampai kendian kendian.
Apa yang korang TAK MAHU dalam design rumah korang?